Pakej percutian berkumpulan biasanya lebih murah kerana kos keseluruhan dikongsi bersama peserta lain. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin melancong dengan bajet yang lebih rendah. Selain itu, semua jadual perjalanan (itinerary) telah ditetapkan oleh agensi pelancongan, jadi peserta tidak perlu bersusah payah merancang sendiri. Tour ini juga sesuai untuk mereka yang suka bersosial kerana berpeluang berkenalan dengan pelancong lain. Anda juga akan ditemani oleh tour guide berpengalaman yang akan memberi penerangan tentang tempat-tempat menarik yang dilawati. Dari segi keselamatan pula, bergerak dalam kumpulan lebih terjamin dan risiko untuk tersesat adalah rendah.