HARI 1: KETIBAAN KE YOGYAKARTA (L,D)
Setibanya di Lapangan Terbang Yogyakarta (YIA), anda akan dijemput oleh pemandu pelancong dan dibawa untuk makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas itu, anda akan melawat Muzium Tembikar di Kampung Kasongan, terkenal dengan hasil seni tradisional. Kemudian, nikmati pemandangan matahari terbenam di Pantai Parangtritis atau padang pasir mini Gumuk Pasir. Hari pertama diakhiri dengan makan malam dan daftar masuk hotel.
HARI 2: CANDI BOROBUDUR ( B, L, D )
Selepas sarapan di hotel, anda akan dibawa untuk Lava Tour menggunakan Jeep 4×4 di sekitar Gunung Merapi, melawat Muzium Sisa Hartaku, Batu Alien dan Bunker Kaliadem. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Candi Borobudur – candi Buddha terbesar di dunia dan salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO. Makan malam disediakan sebelum kembali ke hotel
HARI 3: LAWATAN BUDAYA & SEJARAH ( B, L, D )
Hari ketiga bermula dengan lawatan ke Kraton Yogyakarta, istana rasmi Sultan, diikuti dengan lawatan ke Taman Sari, iaitu bekas taman diraja. Selepas makan tengah hari, anda akan melawat Candi Prambanan, kompleks candi Hindu terbesar di Indonesia yang kaya dengan sejarah dan seni bina. Hari ditutup dengan makan malam sebelum kembali ke hotel.
HARI 4: PERLEPASAN YOGYAKARTA (B)
Selepas sarapan dan daftar keluar dari hotel, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Yogyakarta (YIA) untuk penerbangan pulang.
HARI 1 : KETIBAAN DI YOGYAKARTA ( L, D )
Setibanya di Lapangan Terbang Yogyakarta, anda disambut mesra dan terus dibawa makan tengah hari hidangan tradisional Jawa. Kemudian, lawatan ke Kampung Kasongan untuk melihat seni tembikar unik. Petang pula, nikmati sunset di Pantai Parangtritis atau Gumuk Pasir yang cantik. Makan malam di restoran tempatan sebelum check-in hotel dan rehat.
HARI 2: LAWATAN GUNUNG BERAPI ( B, L, D )
Selepas sarapan, jelajah Lava Tour Gunung Merapi dengan Jeep 4×4, melawat Museum Sisa Hartaku, Batu Alien, dan Bunker Kaliadem. Makan tengah hari di restoran tempatan. Seterusnya, lawat Tebing Breksi untuk bergambar dan HeHa Sky View dengan pemandangan indah dan kafe santai. Makan malam dan kembali ke hotel.
HARI 3: LAWATAN BUDAYA & SEJARAH ( B, L, D )
Mulakan hari dengan lawatan ke Kotagede, pusat pembuatan perak tradisional. Teruskan ke Hutan Pinus Pengger yang sejuk dan cantik. Selepas makan tengah hari, kembali ke Pantai Parangtritis untuk aktiviti pantai dan tutup hari dengan sunset di Obelix Sea View. Makan malam dan pulang ke hotel.
HARI 4 PERLEPASAN YOGYAKARTA ( B )
Selepas sarapan dan check-out, singgah membeli oleh-oleh sebelum dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.
HARI 1 : KETIBAAN DI YOGYAKARTA ( L, D )
Tiba di Lapangan Terbang Yogyakarta, disambut oleh pemandu pelancong dan makan tengahari. Lawatan ke Kampung Kasongan (seni tembikar) dan nikmati matahari terbenam di Pantai Parangtritis atau Gumuk Pasir. Makan malam dan daftar masuk hotel.
HARI 2: CANDI BOROBUDUR ( B, L, D )
Sarapan di hotel, kemudian Lava Tour Merapi dengan jeep (Muzium Sisa Hartaku, Batu Alien, Bunker Kaliadem). Lawatan ke Candi Borobudur, makan tengahari, dan membeli-belah di Jalan Malioboro. Makan malam dan kembali ke hotel.
HARI 3: LAWATAN BUDAYA & SEJARAH ( B, L, D )
Lawatan ke Kraton Yogyakarta dan Taman Sari selepas sarapan. Makan tengahari dan terus ke Candi Prambanan. Makan malam dan bermalam di hotel.
HARI 4 LAWATAN MEMBELI BELAH ( B, L, D )
Bertolak ke Solo selepas sarapan. Lawatan ke Istana Mangkunegaran, Pasar Triwindu, Batik Laweyan dan beli-belah di Pasar Klewer/PGS. Makan tengahari dan malam, kembali ke Yogyakarta.
HARI 5 YOGYAKARTA – KUALA LUMPUR ( B )
Sarapan dan daftar keluar hotel. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Meliá Purosani Yogyakarta
Jl. Mayor Suryotomo No.31, Ngupasan, Kec. Gondomanan, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta 55122, Indonesia
+62 274 589521



