Tiba di Hanoi, disambut oleh pemandu dan terus bertolak ke Sapa (±5 jam). Sepanjang perjalanan nikmati pemandangan sawah teres yang indah. Setibanya di Sapa, lawatan ke Cat Cat Village, kampung etnik Hmong. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Sapa – Bora Hotel
HARI 2: SAPA – FANSIPAN LEGEND – SAPA (B,L,D)
Sarapan di hotel. Naik kereta kabel Fansipan Legend, sistem terpanjang di dunia, menuju ke Puncak Indochina – Gunung Fansipan. Nikmati pemandangan gunung-ganang sambil makan tengah hari. Pulang ke hotel, makan malam dan rehat. Bermalam di Sapa – Bora Hotel
HARI 3: SAPA – HANOI (B,L,D)
Selepas sarapan, bertolak semula ke Hanoi. Lawatan petang meliputi Tran Quoc Pagoda, Hoan Kiem Lake, dan Old Quarter. Masa bebas untuk membeli-belah di Dong Xuan Market. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Hanoi – Diamond King Hotel @ Lakeside Hotel
HARI 4: HANOI – HALONG BAY – HANOI (B,L,D)
Selepas sarapan, bertolak ke Tuan Chau Port untuk menaiki pelayaran Halong Bay. Nikmati makan tengah hari di atas kapal sambil melihat formasi batu kapur unik seperti Cock Fighting Islet dan Thumb Islet. Lawatan ke Surprising Cave, aktiviti kayak atau bot buluh di Luon Cave, serta naik ke Titov Island untuk panorama indah Halong Bay. Petang kembali ke darat dan pulang ke Hanoi. Bermalam di Hanoi – Diamond King Hotel @ Lakeside Hotel
HARI 5: PERLEPASAN DARI HANOI (B)
Sarapan di hotel. Masa bebas sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
PENGINAPAN DI HANOI
Diamond King Hotel & Restaurant 86 Mã Mây, Hàng Buồm, Hoàn Kiếm, Hà Nội 110000, Vietnam +84 24 3828 2282
PENGINAPAN DI SAPA
Bora Hotel 54B Phố Cầu Mây, TT. Sa Pa, Sa Pa, Lào Cai 33000, Vietnam +84 214 3871 313
Termasuk Dalam Pakej -Kenderaan persendirian berhawa dingin -Penginapan 3★ (Twin/Double sharing) -Makanan Halal (Sarapan, Tengah Hari & Makan Malam) -Pemandu pelancong berbahasa Melayu/Inggeris -Tiket masuk tempat lawatan -Air mineral setiap hari
Tidak Termasuk -Tiket penerbangan & cukai lapangan terbang -Perbelanjaan peribadi (dobi, minuman, dll.) -Tips pemandu & pemandu pelancong
MENARIK DI UTARA VIETNAM
Previous
Next
Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut, jangan tunggu-tunggu lagi, tempah sekarang dan pergi melancung bersama kami sekarang!