SELATAN VIETNAM

chiangmai

HO CHI MINH-DALAT-MUI NE
5 HARI 4 MALAM

HO CHI MINH-MUINE-NHA TRANG-DALAT
5 HARI 4 MALAM

🛬HARI 1: KETIBAAN DI HO CHI MINH (L, D)

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Ho Chi Minh, anda akan disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Selepas makan tengah hari di restoran Halal, anda akan memulakan lawatan bandar meliputi Central Post Office, Rahim Masjid, People’s Committee Hall dan French Opera House. Petang itu, anda akan dibawa membeli-belah di Ben Thanh Market, pasar paling popular di bandar ini. Selepas makan malam di restoran Halal, anda akan kembali ke hotel untuk berehat. Bermalam di Ho Chi Minh City.

🌸HARI 2: HO CHI MINH – DALAT (B,L,D)

Selepas sarapan, bertolak ke Dalat bandar sejuk yang dikenali sebagai City of Flowers (perjalanan sekitar 3–4 jam). Setibanya di sana, anda akan melawat Paradise Garden, Xuan Huong Lake dan Lam Vien Square, mercu tanda moden Dalat yang menjadi tempat bergambar kegemaran pelancong. Selepas makan malam, anda bebas bersiar-siar di Dalat Night Market yang meriah dengan jualan makanan dan cenderamata tempatan. Bermalam di Dalat.

🐾HARI 3: JELAJAHI DALAT (B,L,D)

Hari ini anda akan melawat beberapa lokasi menarik sekitar Dalat seperti Puppy Farm, tempat yang dipenuhi bunga dan haiwan comel, diikuti dengan Clay Tunnel, terowong tanah liat dengan ukiran unik yang menggambarkan sejarah bandar ini. Seterusnya, lawatan diteruskan ke King Palace, istana lama dengan seni bina klasik Perancis. Selepas makan tengah hari, anda bebas meneroka sekitar bandar atau berehat di hotel. Bermalam di Dalat.

🏖️HARI 4: DALAT – MUI NE – HO CHI MINH (B,L,D)

Selepas sarapan, anda akan mengunjungi Datanla Waterfall, air terjun terkenal dengan pemandangan semula jadi menenangkan. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Mui Ne Beach di Phan Thiet. Di sini, anda akan menikmati lawatan ke Fairy Stream, Fishing Village, serta White Sand Dunes – kawasan padang pasir putih yang menakjubkan di mana anda akan menaiki Jeep untuk pengalaman menarik. Selepas makan tengah hari di restoran Halal, anda akan pulang semula ke Ho Chi Minh City dan daftar masuk ke hotel untuk berehat. Bermalam di Ho Chi Minh City.

✈️HARI 5: PERLEPASAN HO CHI MINH (B)

Selepas bersarapan di hotel, anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. Perjalanan selama 5 hari 4 malam ini berakhir dengan kenangan indah dan pengalaman menarik di tiga destinasi utama – Ho Chi Minh, Dalat dan Mui Ne.

🛬HARI 1: HO CHI MINH – MUINE – NHA TRANG (L, D)

Tiba di Lapangan Terbang Ho Chi Minh dan disambut oleh pemandu pelancong. Perjalanan diteruskan ke Mui Ne melalui Perkampungan Muslim Xuan Loc dan singgah di Masjid Nourul Ehsaan untuk solat serta makan tengah hari di restoran Halal. Seterusnya bertolak ke Nha Trang, makan malam dan daftar masuk hotel.
Bermalam di Nha Trang.

🌴HARI 2: NHA TRANG – DALAT (B, L, D)

Selepas sarapan, anda akan melawat Teluk Nha Trang dan menaiki cable car ke taman tema VinWonders. Nikmati pelbagai aktiviti menarik dan makan tengah hari di sana. Petang, bertolak ke Dalat, bandar sejuk di tanah tinggi. Makan malam dan bebas di Dalat Night MarketBermalam di Dalat.

🌸HARI 3: LAWATAN KE DALAT (B, L, D)

Lawatan ke Crazy House, King Palace, Clay Tunnel dan Puppy Farm. Anda juga akan melawat ladang strawberi & bunga, serta membeli-belah di kedai Muslim tempatan. Makan malam di restoran Halal dan bebas di Pasar Malam DalatBermalam di Dalat.

🏖️HARI 4: DALAT – HO CHI MINH (B, L, D)

Sarapan dan daftar keluar hotel. Singgah di Datanla Waterfall sebelum bertolak semula ke Ho Chi Minh. Petang tiba dan lawatan ringkas sekitar bandar termasuk White Sand Dunes dan Fairy Stream. Makan malam dan membeli-belah di Ben Thanh Night MarketBermalam di Ho Chi Minh.

✈️HARI 5: PERLEPASAN DARI HO CHI MINH (B)

Sarapan dan bersiap untuk ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang. Tamat percutian anda yang penuh kenangan di Vietnam!

PENGINAPAN DI HO CHI MINH

Aluna Ben Thanh Hotel
48-50 Nguyễn An Ninh, Phường Bến Thành, Quận 1, Hồ Chí Minh 700000, Vietnam
+84 28 3939 0048

PENGINAPAN DI DALAT

Queen T&T Hotel
239b Phan Đình Phùng, Phường 2, Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam
+84 263 3658 686

PENGINAPAN DI NHA TRANG

Saphia Hotel Nha Trang
90-92 Trần Phú, Lộc Thọ, Nha Trang, Khánh Hòa 650000, Vietnam
+84 962 401 319

✅ Termasuk Dalam Pakej
-Kenderaan persendirian berhawa dingin
-Penginapan 3★ (Twin/Double sharing)
-Makanan Halal (Sarapan, Tengah Hari & Makan Malam)
-Pemandu pelancong berbahasa Melayu/Inggeris
-Tiket masuk tempat lawatan
-Air mineral setiap hari

🚫 Tidak Termasuk
-Tiket penerbangan & cukai lapangan terbang
-Perbelanjaan peribadi (dobi, minuman, dll.)
-Tips pemandu & pemandu pelancong

MENARIK DI SELATAN VIETNAM

Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut, jangan tunggu-tunggu lagi, tempah sekarang dan pergi melancung bersama kami sekarang!

    Muslim Package Booking Form