🇦🇪United Arab Emirates🇦🇪

DUBAI CITY

DUBAI (5 HARI 4 MALAM)

🛬HARI 1: KUALA LUMPUR – DUBAI (B, D)

Peserta akan berkumpul di KLIA Terminal 1, tiga jam sebelum berlepas. Penerbangan ke Dubai dijadualkan pada jam 3:15 pagi dan akan tiba pada jam 6:25 pagi waktu tempatan.
Setibanya di Dubai, peserta akan bersarapan dan memulakan lawatan sekitar bandar. Lawatan hari ini termasuk bergambar di Dubai Frame, melawat kawasan bersejarah Bastakiya dan Dubai Creek, serta melalui kawasan Jumeirah untuk melihat Burj Al Arab dan Masjid Jumeirah. Jika masa mengizinkan, lawatan diteruskan ke Atlantis The Palm. Peserta juga akan singgah di sebuah kedai kulit tempatan. Pada sebelah malam, peserta akan menikmati makan malam atas Dhow Cruise sambil menyusuri perairan Dubai. Selepas itu, daftar masuk hotel dan bermalam di Dubai.

🌸HARI 2: DUBAI – ABU DHABI (B,L,D)

Selepas sarapan, peserta akan bertolak ke Abu Dhabi yang mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Lawatan hari ini merangkumi Masjid Sheikh Zayed yang terkenal, berjalan di kawasan Heritage Walk, dan berhenti di Yas Mall untuk masa lapang atau membeli-belah. Peserta juga akan melalui kawasan The Louvre dan Ferrari World untuk bergambar dari luar. Selepas selesai, peserta akan kembali ke Dubai dan bermalam di hotel.

🐾HARI 3: LAWATAN KE PADANG PASIR (B,L,D)

Pada waktu pagi, peserta bebas untuk menjalankan aktiviti sendiri seperti membeli-belah, melawat Burj Khalifa atau berehat di hotel. Pada sebelah petang, peserta akan menyertai Desert Safari yang merangkumi menaiki unta, sandboarding, lukisan henna dan bergambar dengan pakaian tradisional. Makan malam disediakan dalam bentuk BBQ buffet, diiringi dengan persembahan tarian Tanoura, pertunjukan api dan belly dance. Selepas aktiviti selesai, peserta akan kembali ke hotel dan bermalam di Dubai.

🏖️HARI 4: AKTIVITI BEBAS (B,L,D)

Selepas sarapan, peserta bebas merancang aktiviti sendiri. Antara cadangan termasuk melawat Burj Khalifa, membeli-belah di Dubai Mall atau Dubai Outlet Mall, bersiar-siar di Dubai Marina, atau melawat Global Village (jika dibuka). Makan tengah hari dan malam adalah atas pilihan sendiri. Peserta bermalam di hotel.

✈️HARI 5: DUBAI – KUALA LUMPUR (B)

Selepas sarapan, peserta akan check-out dan bertolak ke Lapangan Terbang Sharjah untuk penerbangan pulang. Pesawat dijangka berlepas pada jam 2:50 petang dan tiba di KLIA pada jam 2:20 pagi keesokan harinya. Dengan itu, berakhirlah percutian 5 hari 4 malam di Dubai dan Abu Dhabi dengan penuh kenangan indah.

PENGINAPAN DI DUBAI

Hampton by Hilton
Al Barsha 1 Street, Al Barsha 1 P.O. Box 450193, Dubai, U.A.E
+971 4 401 4000

✅ Termasuk Dalam Pakej
-Kenderaan persendirian berhawa dingin
-Penginapan 3★ (Twin/Double sharing)
-Makanan Halal (Sarapan, Tengah Hari & Makan Malam)
-Pemandu pelancong berbahasa Melayu/Inggeris
-Tiket masuk tempat lawatan
-Air mineral setiap hari

🚫 Tidak Termasuk
-Tiket penerbangan & cukai lapangan terbang
-Perbelanjaan peribadi (dobi, minuman, dll.)
-Tips pemandu & pemandu pelancong

MENARIK DI UTARA VIETNAM

Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut, jangan tunggu-tunggu lagi, tempah sekarang dan pergi melancung bersama kami sekarang!

    Muslim Package Booking Form