PERCUTIAN MENARIK DI PATTAYA

sungai chao phraya

BANGKOK-PATTAYA 4H3M

HARI 1 : KUL – BANGKOK – PATTAYA (D)

Selamat tiba di Bangkok! Pemandu kami akan sambut anda di lapangan terbang. Lepas makan tengah hari Halal yang sedap, kita gerak ke Pattaya. Jom santai di Pantai Pattaya sambil ambil gambar cantik. Makan malam Halal menanti sebelum check-in hotel dan rehat yang selesa.

HARI 2: PATTAYA – BANGKOK (B,L)

Sarapan pagi yang menyelerakan di hotel. Hari ni kita lawat Nong Nooch Tropical Garden, tengok pertunjukan budaya dan gajah comel! Lepas makan tengah hari Halal, kita singgah Ladang Lebah Madu, Kedai Herba Erawadee dan tempat cantik Great & Grand Sweet Destination. Malam kita balik Bangkok, makan malam Halal dan bermalam di hotel.

HARI 3: MELAWAT BANDAR BANGKOK (B,D)

Pagi sarapan dulu, kemudian jelajah bandar Bangkok — dari Chinatown yang meriah sampai ke Grand Palace yang bersejarah. Singgah Gems Gallery sebelum makan tengah hari Halal. Lepas tu naik bot santai di Sungai Chao Phraya sampai ICONSIAM untuk shopping puas-puas! Nak cuba dinner cruise romantik pun boleh (pilihan tambahan). Makan malam Halal dan berehat di hotel.

HARI 4 PERLEPASAN DARI BANGKOK (B,D)

Sarapan terakhir di hotel, masa bebas untuk shopping atau lepak santai. Bila tiba masa, kita check out dan hantarkan anda ke lapangan terbang untuk pulang dengan kenangan manis!

PENGINAPAN DI BANGKOK

Al Meroz Hotel Bangkok
4 Ramkhamhaeng 5 Alley, Suan Luang, Bangkok 10250, Thailand
+66 2 136 8700

PENGINAPAN DI PATTAYA

Centre Point Prime Hotel Pattaya
275, Sukhumvit Road, Muang Pattaya, Bang Lamung District, Chon Buri 20150, Thailand
+66 38 186 888

✅HARGA TERMASUK :
✓ Pengangkutan sepanjang perjalanan
✓ Penginapan di hotel + sarapan pagi
✓ Lawatan peribadi & tiket masuk
✓ Air mineral (1 botol semasa lawatan)
✓ Hidangan makan penuh (Pagi, Petang, Malam)

❌HARGA TIDAK TERMASUK :
X Tiket penerbangan
X Insurans perjalanan
X Visa (jika diperlukan)
X Caj tambahan musim puncak
X Lawatan pilihan (optional tour)
X Barang peribadi; Dobi, Buah Tangan, dll

PATTAYA GALERI

Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut, jangan tunggu-tunggu lagi, tempah sekarang dan pergi melancung bersama kami sekarang!

    Muslim Package Booking Form