PERCUTIAN KE PADANG - BUKITTINGGI

ISTANO PAGARUYONG

PADANG - BUKITTINGGI
4H3M

PADANG - BUKITTINGGI
5H4M

HARI 1 : KETIBAAN DI PADANG – BUKITTINGGI  (L,D)

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, anda akan disambut oleh wakil kami dan memulakan perjalanan ke Bukittinggi selama lebih kurang 2 jam. Dalam perjalanan, anda akan singgah di Air Terjun Lembah Anai, Muzium Rumah Gadang di Padang Panjang, Kedai Kue Bika Neraka dan kedai kain/sulaman tradisional. Tiba di Bukittinggi, daftar masuk hotel dan menikmati makan tengah hari serta makan malam di restoran tempatan.

HARI 2: MELAWATI SEJARAH BUKITTINGGI (B,L,D) 

Selepas sarapan, anda akan dibawa melawat ke Lembah Harau yang terkenal dengan keindahan semula jadi, seterusnya ke Jambatan Kelok 9. Kemudian ke Batusangkar untuk melawat Istana Pagaruyung, dan singgah di Kiniko untuk membeli kopi, pisang salai dan makanan tempatan. Makan tengah hari dan makan malam disediakan. Pada waktu malam, anda boleh memilih untuk menonton persembahan tarian tradisional Minangkabau (pilihan tambahan).

HARI 3: BUKITTINGGI – PADANG  (B,L,D)

Sarapan dan daftar keluar dari hotel. Lawatan diteruskan ke Ngarai Sianok, Jam Gadang, Pasar Atas, Sungai Landi dan Puncak Lawang untuk menikmati pemandangan Tasik Maninjau. Selepas itu, bertolak ke Padang dan daftar masuk ke hotel. Makan tengah hari dan makan malam disediakan di restoran tempatan.

HARI 4 PERLEPASAN DARI PADANG (B)

Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda akan dibawa melawat sekitar bandar Padang termasuk Masjid Raya, Pantai Padang, Jambatan Siti Nurbaya dan Chinatown. Selepas lawatan, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Minangkabau untuk penerbangan pulang. Tamatlah percutian anda bersama kami.

HARI 1 : KETIBAAN DI BANDAR ACEH (L,D)

Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, anda akan dijemput dan dibawa melawat Taman Perkuburan Mangsa Tsunami, Masjid Raya Baiturrahman, dan Muzium Tsunami Aceh. Makan tengah hari dan malam disediakan di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan rehat.

HARI 2: BANDAR ACEH – PULAU SABANG (B,L,D)

Selepas sarapan, anda akan menaiki feri laju ke Sabang. Di sana, lawatan ke Pantai Sumur Tiga, Pantai Gapang, Tugu Kilometer Nol, dan Pantai Iboih. Aktiviti snorkeling atau menyelam adalah pilihan dengan kos sendiri. Makan tengah hari dan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel di Sabang.

HARI 3: SABANG – BANDAR ACEH  (B,L,D)

Pagi, feri balik ke Banda Aceh. Selepas makan tengah hari, lawatan ke Kapal PLTD Apung, Pesantren dan Rumah Yatim untuk aktiviti sosial, kemudian membeli-belah di Pasar Atjeh. Daftar masuk hotel dan makan malam di restoran tempatan.

HARI 4 PERLEPASAN ACEH (B)

Sarapan dan masa bebas sehingga masa daftar keluar. Kemudian, transfer ke lapangan terbang untuk penerbangan anda seterusnya. Tour tamat.

✅HARGA TERMASUK :
✓ Pengangkutan sepanjang perjalanan
✓ Penginapan di hotel + sarapan pagi
✓ Lawatan peribadi & tiket masuk
✓ Air mineral (1 botol semasa lawatan)
✓ Hidangan makan penuh (Pagi, Petang, Malam)

❌HARGA TIDAK TERMASUK :
X Tiket penerbangan
X Insurans perjalanan
X Visa (jika diperlukan)
X Caj tambahan musim puncak
X Lawatan pilihan (optional tour)
X Barang peribadi; Dobi, Buah Tangan, dll

PENGINAPAN DI ACEH

Portola Grand Arabia Hotel
Jl. Prof. A. Majid Ibrahim II No.3, Kp. Baru, Kec, 23246 Baiturrahman, Banda Aceh, Aceh, Indonesia
+62 811-6505-200

PENGINAPAN DI PULAU SABANG

Casa Nemo Beach Resort & Spa
Jl. K.H. Agus Salim, Kel Ie Meulee, Pulau Weh, 23521 Sabang, Indonesia
+62 651 6300123

MENARIK DI ACEH

Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut, jangan tunggu-tunggu lagi, tempah sekarang dan pergi melancung bersama kami sekarang!

    Muslim Package Booking Form