Setibanya di Lapangan Terbang Kualanamu (KNO), anda akan disambut mesra oleh wakil kami. Perjalanan diteruskan menuju ke Parapat, bandar indah di tepi Danau Toba. Dalam perjalanan, anda akan singgah di Kedai Patent untuk membeli kuih tradisional seperti ting-ting dan teng-teng, serta menikmati pemandangan menghijau di Ladang Teh Sidamanik. Tiba di Parapat, anda akan menaiki feri menuju ke Pulau Samosir, sebuah pulau yang terletak di tengah Danau Toba. Seterusnya, anda akan daftar masuk hotel dan menikmati makan malam di restoran tempatan. Waktu malam adalah bebas untuk anda bersantai atau berjalan-jalan di sekitar kawasan tasik.
Selepas bersarapan dan daftar keluar, anda akan dibawa melawat ke Kampung Tomok untuk melihat makam Raja Batak Sidabutar. Kemudian, lawatan diteruskan ke Kampung Ambarita yang terkenal dengan kerusi batu dan sejarah hukuman zaman dahulu. Setelah selesai lawatan, anda akan menaiki feri semula ke Parapat dan menikmati makan tengah hari. Perjalanan seterusnya ialah ke Berastagi Highland, kawasan tanah tinggi yang sejuk dan nyaman. Dalam perjalanan, anda akan singgah di Air Terjun Sipiso-Piso untuk melihat pemandangan indah Danau Toba dari sudut utara. Tiba di Berastagi, anda akan daftar masuk hotel dan menikmati makan malam. Waktu malam adalah bebas untuk anda bersiar-siar atau berehat.
Pagi ini bermula dengan sarapan di hotel. Kemudian, anda akan melawat Pasar Buah Berastagi, terkenal dengan buah-buahan tempatan yang segar dan murah. Perjalanan diteruskan ke Taman Lumbini untuk melihat Pagoda Shwedagon, sebuah replika pagoda terkenal di Myanmar. Setibanya di Medan, lawatan bandar akan membawa anda ke tempat-tempat bersejarah seperti Istana Maimoon dan Masjid Raya Medan, atau tempat ibadah lain seperti Gereja Annai Velangkanni, Kuil Sri Mariamman atau Kuil Maitreya (mengikut pilihan). Seterusnya, anda berpeluang membeli-belah di Pasar Ikan, Kedai Kain, dan pusat membeli-belah moden seperti Sun Plaza atau Medan Mall. Setelah selesai membeli-belah, anda akan daftar masuk hotel, makan malam, dan berehat.
Selepas bersarapan, anda bebas untuk berehat atau berjalan di sekitar hotel. Apabila tiba waktu yang sesuai, wakil kami akan menghantar anda ke Lapangan Terbang Kualanamu untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
| Tarikh Berlepas | Musim | Bilik Berdua | Bilik Seorang |
|---|---|---|---|
| 20 Nov 2025 | Biasa | RM1,800 | RM400 |
| 04 Dec 2025 | Biasa | RM1,800 | RM400 |

Atsari Hotel
Jl. Pulau Samosir No.9, Tiga Raja, Kec. Girsang Sipangan Bolon, 21174 Parapat, Sumatera Utara, Indonesia +62-62541219

Rudang Berastagi Hotel
Jl. Jamin Ginting No.16, Kec, Jl. Jamin Ginting No.16, Sempajaya, Kec. Berastagi, Kabupaten Karo, Sumatera Utara 22152, Indonesia
+62 813-6199-9000

Fave Hotel
Jl. S. Parman No.313A, Petisah Hulu, Kec. Medan Baru, Kota Medan, Sumatera Utara 20152, Indonesia
+62 61 88815929






