LIJIANG,CHINA 16 february 2015 - tourism walk on the pathway at jade snow mountain

KUNMING PAKEJ LENGKAP
8H7M BERKUMPULAN

✈️ HARI 1: KETIBAAN DI KUNMING (MOB)

Semua peserta dikehendaki berkumpul tiga jam sebelum waktu berlepas bagi proses daftar masuk. Kita akan menaiki penerbangan OD670 yang dijadualkan berlepas pada jam 9:50 malam menuju ke Kunming, China. Setibanya di Lapangan Terbang Kunming pada awal pagi keesokan harinya, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan terus dibawa ke hotel untuk daftar masuk serta berehat selepas penerbangan yang panjang.


🏞 HARI 2: KUNMING / DALI (B, L, D)

Sarapan di hotel, memulakan perjalanan menuju ke bandar indah Dali, yang terletak berhampiran Tasik Erhai. Dalam perjalanan, peserta dapat menikmati keindahan alam semula jadi Yunnan yang memukau. Setibanya di Dali, kita akan singgah di lokasi menarik Idealland Santorini, yang menampilkan seni bina ala pulau Santorini, Greece 🇬🇷. Peserta akan menaiki kereta elektrik ke atas bukit, menikmati teh petang dan bergambar dengan pemandangan menakjubkan. Lawatan diteruskan ke Bandar Purba Dali (Dali Ancient City) di mana peserta akan melihat seni bina tradisional masyarakat Bai. Seterusnya, kita akan berjalan-jalan di Yangren Street – kawasan popular yang dipenuhi butik, kafe dan kedai cenderamata bergaya. Selepas makan malam, kita akan daftar masuk hotel dan bermalam di Dali.


🌾 HARI 3: DALI / LIJIANG (B, L, D)

Selepas bersarapan, kita akan bergerak ke Lijiang, bandar yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dalam perjalanan, kita akan berhenti di Erhai Ecological Corridor, terkenal dengan keindahan semula jadi tasik dan pemandangan di S-Bay Viewpoint. Peserta berpeluang menaiki kereta kuda tradisional, menyertai Music Car Singing Tour dan merakam kenangan indah berlatar belakangkan sawah padi keemasan. Setiap keluarga akan menerima satu gambar digital dan video berkumpulan berdurasi 30 saat sebagai kenangan manis. Kemudian, kita akan singgah di Xizhou Ancient Town untuk merasai sendiri kuih tradisional Xizhou Baba dan bergambar di bangunan ikonik Corner Tower. Tiba di Lijiang, kita akan meneruskan lawatan ke Lijiang Ancient Town dan Square Street, yang kaya dengan budaya kaum Naxi dan seni bina lama. Selepas makan malam, peserta akan daftar masuk hotel dan bermalam di Lijiang.


🏔 HARI 4: LIJIANG / SHANGRI-LA (B, L, D)

Selepas sarapan, kita akan bertolak ke Shangri-La, kawasan pergunungan yang digelar sebagai “Paradise on Earth🏞️ kerana keindahan semula jadi dan warisan budaya Tibet. Dalam perjalanan, kita akan singgah di Tiger Leaping Gorge, salah satu jurang sungai terdalam di dunia. Peserta akan menaiki eskalator khas untuk menikmati pemandangan dramatik sungai dan tebing yang tinggi serta menakjubkan. Tiba di Shangri-La, kita akan melawat Dukezong Ancient Town, bandar purba Tibet berusia lebih 1,300 tahun dan menyelami budaya Tibet yang unik. Kemudian, kita akan ke Guishan Park untuk melihat roda doa terbesar di dunia. Setelah makan malam, kita daftar masuk hotel dan bermalam di Shangri-La.


🕊 HARI 5: SHANGRI-LA / LIJIANG (B, L, D)

Selepas bersarapan, kita akan melawat Songzanlin Monastery, iaitu biara Buddha Tibet terbesar di wilayah Yunnan, yang juga digelar sebagai “Potala Palace mini”. Seni bina indah dan suasana spiritual pasti memberi pengalaman yang mendalam. Seterusnya, kita akan berhenti di kawasan Big Prayer Flag untuk mengambil gambar kenangan. Selepas itu, kita akan memulakan perjalanan pulang ke Lijiang, dan tiba pada waktu petang. Selepas makan malam, peserta akan berehat di hotel dan bermalam di Lijiang.


❄️ HARI 6: YULONG SNOW MOUNTAIN (B, L, D)

Selepas bersarapan di hotel, Kita akan memulakan lawatan penuh hari ke Yulong Snow Mountain, gunung salji ikonik dengan pemandangan glasier memukau. Peserta akan menaiki kereta kabel besar ke Glacier Park, di mana anda boleh menyaksikan salji abadi dari dekat ❄️. Kita juga akan berhenti di Ganhaizi Grassland dan Baishui River untuk bergambar sebelum meneruskan ke Blue Moon Valley, yang terkenal dengan air biru kehijauan 💙. Buggy elektrik disediakan untuk keselesaan semua. Kemudian, peserta akan dibawa menyaksikan persembahan luar biasa Impression Lijiang Show, hasil arahan pengarah terkenal Zhang Yimou, dengan latar belakang Gunung Salji Jade. Lawatan diteruskan ke Yushui Village, sebuah kampung kaum Naxi yang terkenal dengan mata air semula jadi dan tradisi unik. Selepas seharian berjalan, kita akan kembali ke hotel dan bermalam di Lijiang.


🚄 HARI 7: LIJIANG / KUNMING (B, L, D)

Selepas sarapan, kita akan bertolak ke stesen untuk menaiki kereta api laju menuju ke Kunming – pengalaman yang menarik dengan pemandangan indah sepanjang perjalanan. Setibanya di Kunming, peserta akan dibawa untuk aktiviti membeli-belah di Luoshibay Market, terkenal dengan buah-buahan kering, barangan tempatan dan cenderamata. Kemudian, kita akan singgah di Jinma Biji Square dan Nanping Pedestrian Street, dua kawasan beli-belah yang meriah dan moden. Selepas makan malam, kita akan ke lapangan terbang bagi daftar masuk penerbangan pulang ke Malaysia. ✈️ Penerbangan dijadualkan berlepas pada jam 2:35 pagi.


🛬 Hari 8: TIBA DI KUALA LUMPUR (MOB)

Alhamdulillah! Kita dijangka tiba di KLIA pada jam 6:35 pagi. Maka berakhirlah kembara luar biasa kita ke Yunnan, China – penuh dengan keindahan alam semula jadi, budaya unik, pengalaman menarik dan memori yang takkan dilupakan. 🌏

Tarikh Berlepas Musim Twin Price Single Supp
09 Jan 2026 Biasa RM4,650 RM500
29 Jan 2026 Biasa RM4,650 RM500
31 Jan 2026 Biasa RM4,650 RM500

✅ Pakej Termasuk:
- Tiket penerbangan + 20kg bagasi + makan
- Pengangkutan persendirian dengan pemandu
- Hotel & penginapan bertaraf 4 bintang
- Makanan seperti dalam jadual perjalanan
- Tiket & lawatan seperti dalam jadual perjalanan
- Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
- Tour leader dari Roystar Travel
- Tip lokal pemandu pelancung

❌ Pakej Tidak Termasuk:
- Insurans perjalanan
- Oxygen Cylinder & Winter Jacket
- Caj musim puncak
- Perbelanjaan sendiri
- Makanan tambahan & bagasi lebih
- Lawatan tambahan (optional tour)

PENGINAPAN DI KUNMING

Huishang International Hotel
No.78 Konggang, Guandu District, Kunming, Yunnan, China
+86 136 2963 8303

PENGINAPAN DI DALI

Hawthorn by Wyndham Dali Erhai Park
19 Yunling Blvd, Dali, Yunnan, China, 671000
+86 872 231 3888

PENGINAPAN DI LIJIANG

Zangyuan snow mountain view hotel
No.85 Jiaoyu Road, Gucheng District, Lijiang, Yunnan, China
+86-888-3017888

PENGINAPAN DI SHANGRI-LA

Shu Jin Mu Yun Hotel
No. 68, Wangchika Xincun, Shangri-La, Shangri La, Deqen, China, 674400
+86-17508870470

APA YANG MENARIK DI YUNNAN

Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut, jangan tunggu-tunggu lagi, tempah sekarang dan pergi melancung bersama kami sekarang!

    Muslim Package Booking Form