Peserta akan berlepas dari Lapangan Terbang KLIA menuju ke Jakarta. Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, peserta akan dibawa melawat ke Aloha Beach atau Pantjoran PIK untuk menikmati suasana santai tepi laut. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Tugu Monas, mercu tanda kebanggaan Jakarta, dan singgah di Masjid Istiqlal untuk solat dan lawatan ringkas. Kemudian, peserta akan dibawa membeli-belah di Thamrin City yang terkenal dengan kain batik dan pakaian muslimah. Makan malam akan dinikmati di Aloha Beach sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Yello Hotel Harmoni, Jakarta.
Selepas sarapan dan daftar keluar, peserta akan dibawa ke Stesen Gambir untuk menaiki kereta api Panoramic ke Bandung. Sepanjang perjalanan, peserta dapat menikmati pemandangan indah melalui tingkap panorama. Setibanya di Bandung, peserta akan melalui kawasan bersejarah Jalan Asia Afrika dan Jalan Braga. Kemudian, peserta akan dibawa membeli-belah di beberapa tempat terkenal seperti Rumah Mode, Cihampelas Walk, dan Rumah Kain Sulam. Selepas itu, daftar masuk hotel dan berehat. Bermalam di Neo Dipatiukur, Bandung.
Hari ketiga dikhaskan untuk aktiviti membeli-belah. Lokasi pertama ialah Cibaduyut, terkenal dengan barangan kulit seperti kasut dan beg. Seterusnya, peserta akan ke Pasar Baru untuk membeli kain dan pakaian dengan harga borong. Selepas makan tengah hari, lawatan diteruskan ke Factory Outlet di Jalan Riau dan diakhiri dengan singgah di Kartika Sari untuk membeli oleh-oleh seperti pisang bollen dan brownies. Bermalam di Neo Dipatiukur, Bandung.
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, peserta akan menaiki kereta api laju Woosh dari Bandung ke Jakarta. Tiba di Jakarta, peserta akan terus dibawa ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tamatlah perjalanan 4H3M yang penuh dengan pengalaman menarik dan kenangan manis di Jakarta dan Bandung.
| Tarikh Berlepas | Musim | Bilik Berdua | Bilik Seorang |
|---|---|---|---|
| 15 Jan 2026 | Biasa | RM2,550 | RM400 |
| 29 Jan 2026 | Biasa | RM2,550 | RM400 |
| 01 Feb 2026 | Biasa | RM2,550 | RM400 |
| 12 Feb 2026 | Biasa | RM2,550 | RM400 |

NEO Hotel by ASTON
Jl. Dipati Ukur No.72 - 74, Lebakgede, Kecamatan Coblong, Kota Bandung, Jawa Barat 40132, Indonesia
+62 22 82526166

Yello Hotel Harmoni
Hayam Wuruk St No.6, RT.6/RW.2, Kebon Kelapa, Gambir, Central Jakarta City, Jakarta 10120, Indonesia
+62 21 22035000








