4 HARI 3 MALAM - PULAU LOMBOK

tom-bixler-9CAa-_XbD6I-unsplash-scaled-e1655972926311
HARGA TERMASUK :

✓ Pengangkutan sepanjang perjalanan
✓ Penginapan 3 malam di hotel + sarapan pagi
✓ Lawatan peribadi & tiket masuk
✓ Air mineral (1 botol semasa lawatan)
✓ Hidangan makan penuh (Pagi, Petang, Malam)

HARGA TIDAK TERMASUK :

X Tiket penerbangan
X Insurans perjalanan
X Visa (jika diperlukan)
X Caj tambahan musim puncak
X Lawatan pilihan (optional tour)
X Barang peribadi; Dobi, Buah Tangan, dll

DAY1 - KETIBAAN LOMBOK, INDONESIA

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, disambut mesra oleh wakil tempatan, makan malam dengan hidangan tradisional Lombok, kemudian daftar masuk hotel dan rehat.

DAY2 - GILI TRAWANGAN / TANJUNG BIAS (B,L,D)

Nikmati pemandangan Villa Hantu dan Bukit Malaka, menaiki bot ke Gili Trawangan untuk aktiviti santai, kembali ke Lombok melalui Teluk Nare, beri makan monyet di Pusuk Pass, menikmati sunset indah di Pantai Tanjung Bias, makan malam ikan bakar, dan singgah beli oleh-oleh.

DAY3 - AIR TERJUN RINJANI / WARISAN SASAK (B,L,D)

Lawatan ke Desa Adat Senaru, mandi di Air Terjun Sendang Gile dan Tiu Kelep di kaki Gunung Rinjani, singgah di Masjid Kuno Bayan, bergambar di Pusuk Pass, dan melawat Masjid Islamic Center Mataram sebelum makan malam di restoran tempatan.

DAY4 - JELAJAH BUDAYA / PERLEPASAN LOMBOK (B,-,-)

Lawatan ke Desa Banyumulek (tembikar), Desa Sukarara (kain tenun), dan Desa Sade (rumah adat Sasak), menikmati keindahan Pantai Kuta dan Bukit Merese, makan tengah hari, kemudian dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

TARIKAN YANG ADA PADA LOMBOK

Pulau Gili Trawangan

Pulau tropika terkenal dengan pantai putih, air laut jernih, suasana santai tanpa kenderaan bermotor, aktiviti snorkeling, berbasikal, dan suasana malam yang meriah.

Air Terjun Tiu Kelep

Air terjun tertinggi dan paling memukau di Lombok, terletak di kaki Gunung Rinjani, dengan air sejuk dari tasik gunung dan suasana hutan tropika yang menenangkan.

Pantai Kuta Lombok

Pantai berpasir putih dan halus, berlatar belakangkan Samudera Hindia – sesuai untuk bersantai, bergambar dan menikmati keindahan pantai yang kurang sesak berbanding Bali.

Bukit Merese

Viewpoint atas bukit dengan pemandangan 360° ke arah laut biru, Teluk Tanjung Aan, dan garisan pantai – lokasi wajib untuk sunset atau sunrise.

DESA SADE (Suku Sasak)

Perkampungan asli yang masih mengekalkan rumah tradisional beratap alang-alang dan budaya Suku Sasak yang unik – pengalaman budaya yang autentik.

Islamic Center Mataram

Masjid terbesar di Lombok dengan seni bina yang menakjubkan dan menara yang boleh dinaiki untuk melihat panorama kota Mataram.

HOTEL DAN PENGINAPAN

Merumatta Senggigi Lombok

Jalan Pantai Senggigi, Senggigi, Kec. Batu Layar, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Bar. 83355, Indonesia (+62 370 693210)

TOUR GALLERY

Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut, jangan tunggu-tunggu lagi, tempah sekarang dan pergi melancung bersama kami sekarang!

    Muslim Package Booking Form