4 HARI 3 MALAM - BALI BULAN MADU

Islands-Near-Bali

HARGA TERMASUK :

✓ Pengangkutan sepanjang perjalanan
✓ Penginapan 3 malam di hotel + sarapan pagi
✓ Hiasan bilik dan katil bertemakan bulan madu
✓ Lawatan peribadi & tiket masuk
✓ Air mineral (1 botol semasa lawatan)
✓ Kalungan bunga selamat datang semasa ketibaan
✓ Hidangan makan penuh (Pagi, Petang, Malam)
✓ Cenderamata khas dari Bali

HARGA TIDAK TERMASUK :

X Tiket penerbangan
X Insurans perjalanan
X Visa (jika diperlukan)
X Caj tambahan musim puncak
X Lawatan pilihan (optional tour)
X Barang peribadi; Dobi, Buah Tangan, dll

DAY1 - KETIBAAN BALI, INDONESIA

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, pelancong akan disambut dengan mesra oleh wakil tempatan sebelum dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Sepanjang hari bebas untuk berehat, menjelajah kawasan sekitar hotel, atau menikmati kemudahan seperti kolam renang dan spa. Ini adalah masa terbaik untuk menyesuaikan diri dengan suasana santai Bali.​

DAY2 - ALOHA SWING / KINTAMANI / LADANG KOPI BALI (B, L, D)

🔸Aloha Swing Tegalalang Nikmati pengalaman unik berayun di atas kehijauan sawah padi Bali yang terletak di kawasan Ubud. Termasuk pelbagai jenis ayunan seperti: Tandem Swing – ayunan berdua untuk pasangan, Single & Adrenaline Swing – untuk mereka yang sukakan cabaran Bed Swing, Libra Swing, Chicken Nest, Bird Nest & Swan Love – spot gambar yang sangat popular di media sosial 🔸Tanah Tinggi Kintamani – kawasan sejuk yang terkenal dengan pemandangan Gunung Batur (gunung berapi aktif) dan Tasik Batur, tasik semula jadi terbesar di Bali. 🍽️ Makan tengah hari di restoran dengan pemandangan memukau, sambil menikmati udara segar dan tenang dari atas bukit. 🔸 Ladang Kopi Bali (Agro Tourism) - Pelajari proses pembuatan kopi Bali secara tradisional, termasuk pengalaman mencuba Kopi Luwak – antara kopi termahal di dunia yang dihasilkan secara eksklusif. Terdapat juga pelbagai jenis teh herba dan kopi tempatan untuk dirasa. 🔸 Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel untuk berehat.​

DAY 3 - TANAH LOT / PANTAI MELASTI / MAKAN MALAM ROMANTIK (B,L,D)

🔸Pura Tanah Lot - Kunjungi salah satu kuil laut paling ikonik di Bali yang terletak di atas bongkah batu besar di tengah laut. Apabila air pasang, kuil kelihatan seolah-olah terapung – panorama sangat sesuai untuk fotografi, terutamanya pada waktu pagi. 🔸Pantai Melasti - Pantai yang terkenal dengan air jernih kebiruan, pasir putih halus dan tebing batu kapur yang memukau. Sangat sesuai untuk bersantai, bergambar atau bermain air. Kawasan ini juga agak tenang berbanding pantai lain di Bali. 🔸 Makan malam romantik di Pantai Jimbaran Akhiri hari dengan makan malam romantik bertemankan cahaya lilin di tepi pantai Jimbaran – terkenal dengan hidangan makanan laut segar yang dimasak secara tradisional Bali.​

DAY 4 - PERLEPASAN BALI, INDONESIA (B,-,-)

Sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas sementara menunggu masa daftar keluar. Anda boleh bersantai di hotel, membeli cenderahati, atau menikmati minuman terakhir di Bali. Selepas itu, pemindahan ke lapangan terbang untuk pulang dengan kenangan indah di Pulau Dewata.​

TARIKAN YANG ADA PADA BALI

Airterjun Tegenungan

menawarkan pemandangan indah, jualan kraftangan & cenderamata , spot bergambar menarik, kafe dengan pemandangan, laluan pendakian.

Alas Harum Agro Tourism

Alas Harum Agro Tourism menawarkan pengalaman menyeluruh dengan ladang kopi luwak, pemandangan sawah bertingkat, spot bergambar menarik, kafe berpanorama, serta aktiviti pelancongan berasaskan alam dan budaya Bali

Kintamani Restoran

Grand Puncak Sari Restaurant menonjol dengan buffet all-you-can-eat beraneka hidangan dan kapasiti besar sambil menawarkan pemandangan spektakular Gunung dan Tasik Batur

Alas Harum Tergalalang

destinasi pelancongan terkenal di Bali yang menawarkan pemandangan sawah teres yang indah serta pelbagai aktiviti menarik seperti ayunan dan berjalan di atas jambatan kaca

Tanjung Benoa

destinasi popular di Bali yang terkenal dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti banana boat, parasailing, jet ski, flying fish, snorkeling dan diving

Melasti Beach

pemandangan tebing batu kapur yang menjulang tinggi, menjadikannya lokasi ideal untuk bersantai, mengambil gambar Instagram-worthy, dan menikmati suasana tenang jauh dari kesibukan bandar.

Candle Light Dinner

suasana yang tenang dan eksklusif menjadikan Jimbaran lokasi yang sempurna untuk pasangan yang ingin mencipta kenangan manis bersama.

HOTEL DAN PENGINAPAN

The Kuta Beach Heritage Hotel Bali

Jl Pantai Kuta Br Pande Mas Kuta Badung, Kuta, Bali 80361, Indonesia ( +62 361 3007080)

Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut, jangan tunggu-tunggu lagi, tempah sekarang dan pergi melancung bersama kami sekarang!

    Muslim Package Booking Form